Saturday, November 1, 2025

EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG

PAHLAWAN MELAYU
NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG

1. Dato' Bahaman

Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.

Asal: Semantan, Temerloh, Pahang.

Gelaran: Pahlawan besar Pahang dalam Perang Pahang (1891–1895) menentang penjajahan British.

Dato' Bahaman adalah seorang pendekar yang mahir dalam ilmu persilatan, strategi perang, dan ilmu kebatinan (ada riwayat tentang kekebalan beliau).

Sangat dihormati sebagai pendekar rakyat yang mempertahankan maruah bangsa.

2. Mat Kilau

Nama sebenar: Mat Kilau bin Imam Rasu.

Asal: Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Salah seorang pendekar Melayu paling masyhur.

Terlibat bersama ayahnya Tok Gajah dan Dato' Bahaman dalam penentangan terhadap British.

Mat Kilau terkenal dengan kepakaran dalam silat tempur, gerakan licik, dan memiliki ilmu ghaib (diceritakan pernah "ghaib" selepas cedera).

Pernah membuat "kemunculan semula" pada tahun 1969, mengejutkan ramai pihak.

3. Tok Gajah

Nama sebenar: Imam Rasu bin Shahrum.

Asal: Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Friday, June 27, 2025

SIAPA TAHU MAKSUD KATA2 MAT KILAU INI?

"Orang Melayu ibarat buntut buah manggis, kalau bunganya kembang lima maka isinya juga lima. Kalau bunganya kembang enam, isinya juga enam".



Monday, June 16, 2025

KEMALANGAN YANG MERAGUT 15 NYAWA SISWA UPSI


TRAGEDI GERIK :MENYERAP PAHATAN TAQDIR DENGAN HATI YANG BASAH!
Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Anak- anak muda cerdas dengan guratan wajah yang jernih itu berpapasan dengan keluarga masing- masing di dataran lapang Masjid Hadhari Jerteh, tawa senda mengiringi perpisahan itu dalam euforia gembira. Suasana gembira bagi anak - anak kampus pendidikan itu juga dengan latar hariraya Korban yang memang disambut meriah di daerah agrarian ini yang berjiran dengan Kelantan. Secara puratanya mereka berusia diawal 20an,membuncah dan menggebu semangat untuk meraih sebaik mungkin prestasi akademik. Meninggalkan seketika keluarga tersayang di desa, tidaklah sesayu generasi cendekia Besut dekad tahun 1950an dan 60an. Saat itu guru guru pelatih di Maktab Perguruan Tanjung Malim yang berasal daripada daerah ini akan ke Kelantan terlebih dahulu untuk menaiki keretapi, mereka harapan keluarga dan masyarakat. 

Daerah Besut dasawarsa 60an dan 70an mengangkat golongan pendidik sebagai pemimpin masyarakat, bahkan dilantik menjadi anggota legislatif daerah ini. Kelompok guru inilah yang membangunkan masyarakat, menjadi agen reformasi sosial, menyental keluar anak-anak miskin daripada lingkaran ganas kemiskinan. Yang paling penting mereka menjadi harapan agama untuk mengubah kejahilan masyarakat yang masih pekat bersalut dengan amalan animisme seperti main puteri, jamu acok, bertetak serta serba maknika permainan traditional berunsur judi dan khurafat.

Mahasiswa dan mahasiswi kampus pendidikan UPSI ini juga membawa harapan yang sama kepada keluarga dan masyarakat setempat. Besut tersohor di negeri Terengganu melahirkan ilmuan dan kelompok Intelegensia kelas menengah atas negara ini, keropok dan budu yang turut membekalkan protein kepada anak-anak Besut. Lebih 40 orang yang berada di dalam bas yang mereka sewa untuk memudahkan mereka balik ke Besut dan pulang semula ke daerah pemukiman ilmu di Tanjung Malim. Tradisi menyewa bas untuk pulang ke kampong ini telah popular sejak dekad 80an lagi bagi anak anak Besut yang belajar jauh ke luar daerah. Jangan kata belajar di Kuala Lumpur atau kota  lain, dekad 1980an, pelajar yang nak pulang ke Besut dari Kuala Terengganu pun sudah biasa menyewa bas untuk pulang diwaktu perayaan. Matlamatnya baik, memudahkan pergerakan terutama pelajar perempuan, terasa lebih selamat kerana mengenali diantara satu sama lain. Biasanya persatuan menganjurkan program pulang ke kampong ini dan ini dapat melatih kepimpinan anak muda untuk berorganisasi, mengeratkan ukhuwwah sesama ahli persatuan pelajar.

Tragedi kemalangan jalanraya mahasiswa UPSI menyeruak terlalu banyak tabir hitam putih kepada tanah watan ini, ianya bukan sekadar kematian pahlawan muda bangsa namun menghidupkan hati yang kontang. Seramai 42 orang pelajar berada didalam bas, sebelum itu mereka berlepas dihadapan masjid Hadhari bandar Jerteh. Tiada siapa menyangka itu adalah perpisahan terakhir mereka, ada ibubapa membekalkan makanan untuk anak-anak tercinta. Bukan sekadar bingkisan nasihat untuk anak-anak muda ini menjaga keselamatan mereka diperantauan, bekalan ketupat, lemang, daging serunding khas Besut. Euforia ceria menutup kisah lambaian terakhir ibubapa dan keluarga pelajar UPSI. Bandar Jerteh adalah saksi bisu puluhan ribu mahasiswa sejak dekad 70an berpapasan dengan keluarga sebelum menaiki bas balik ke pusat pengajian tinggi masing- masing.

Bas  berdesut membelah kegelapan malam dengan keadaan jalan yang sibuk meredah bumi kelantan yang memang eidul Adha disambut meriah saban tahun. Bertali arus kenderaan melalui Jalanraya Timur Barat yang naif penyelenggaran, khabarnya mendapat peruntukan untuk penambaikan mutu jalan sejak 2023 namun tanda awasan yang lemah, banyak Kawasan tiada garisan tengah, gulita tanpa pencahayaan dan pelbagai kelemahan. Jangan nak bandingkan dengan mutu jalanraya di negara Eropah, dengan Thailand negara jiran kita pun tertinggal jauh ke belakang.

Jam 1.30 pagi, pahatan taqdir tercatat apabila kemalangan ngeri dalam arah menuruni bukit sebelum Tasik Banding. Suara kesakitan dan erangan dalam kegelapan malam itu akan terus menghantui anak-anak muda yang Allah panjangkan umur. Penulis tersedar jam lima pagi membaca kegemparan dalam pelbagai grup wassap, aroma kesedihan tak terbayang kepada Ibubapa anak-anak muda yang cerdas ini. Relawan - relawan Besut yang diketuai oleh Gaung Amal pada jam 10.00 pagi bergerak ke Hospital Daerah Gerik dengan dibantu dengan iringan polis daerah Besut ke daerah paling hujung di Perak itu untuk mengambil jenazah balik ke Jerteh. Ada juga kenderaan jenazah ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh untuk mengambil jenazah untuk pulang ke Besut, segalanya berjalan lancar dengan bantuan pihak keselamatan. 

Rakyat Besut sejak jam 8.00 malam telah mulai berhimpun di persekitaran Masjid Hadhari, segalanya bermuara dengan semangat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada putera puteri bangsa yang terkorban. Anggota Jabatan Amal Besut mengawal selia dengan baik laluan trafik serta perjalanan program. Pimpinan negeri turut hadir bersama rakyat tempatan, menunggu konvoi van jenazah tiba pada jam 2.50 pagi. Dingin pagi yang mengharukan dengan dianggarkan lebih daripada tiga ribu menyolatkan jenazah dipimpin oleh Exco kerajaan Terengganu, Dr Khalil Abdul Hadi. Solat jenazah kali pertama telah diadakan di bilik pengurusan Jenazah Hospital Gerik, dipimpin oleh Dato' Ustaz Idris Haji Ahmad, mantan Menteri Agama.

Acara persemadian anak-anak muda ini juga mengheret emosi, airmata yang mengalir bukan tidak meredhai takdir namun itulah sketsa fitrah sebuah kehilangan. Bukan sahaja ditangisi oleh keluarga namun oleh jutaan rakyat negara ini. Kalangan anak-anak muda ini juga, ada penghafaz 30 juzuk Al Quran seperti Adik Mohd Adib Hazim, dikenali sebagai anak muda yang taat beragama oleh masyarakat dan kawan kawan sekampus. Juga paling viral dikalangan yang terkorban ialah adik Nurly Shahirah Azman, yang bukan sekadar menghafaz Al Quran namun jasadnya yang memeluk erat Al Quran semasa kemalangan . Shahirah menulis Al Quran ( tahriri) dan obses dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Kalam Allah itu.

Tragedi Gerik memahat luka  sejarah, dengan seribu ingatan kepada kita semua bahawa kematian tak mengenal usia. Ceria dengan sedetik suis taqdir berubah menjadi linangan airmata. Juga lihat juga layanan politik sang penguasa, sepatutnya cukai yang dikutip diagihkan dengan adil untuk kemudahan rakyat. Jalanraya Timur Barat yang meratah nyawa untuk disiapkan dizaman ancaman komunis rupanya terus meratah nyawa rakyat, seperti denai babi dengan seribu satu perangkap. Kepada sang penguasa dungu, lihatlah derita ini, jangan tunggu familimu menggeletak nyawa di aspal cap ayam ini barulah terdetik untuk membaiki jalanraya ini.,Sejujurnya, pembangunan wilayah kita yang sangat tempang, Pulau Pinang dengan 17.3 Billion untuk prasarana namun akses ke Kelantan disepikan walaupun pengumuman sejak 2023 telah diwar warkan,ternyata pemimpin negara kita adalah jaguh podium yang mengecewakan rakyat!

( Penulis ialah AJK PAS Pusat dan, ADUN Jerteh)

Saturday, March 22, 2025

VETERAN TENTERA KRITIKAL SELEPAS DIREMPUH REMAJA BERLUMBA MOTOSIKAL

Dari ke hari, makin banyak kita dengar kes2 kemalangan berkaitan remaja membawa motosikal laju..

Malah, sesetengahnya fmengakibatkan kecederaan parah bahkan kematian.

Paling membimbangkan, ia berlaku di jalan2 luar bandar dan kawasan perumahan.

Saya mengambil contoh tragedi ngeri yang berlaku di kampung kami sendiri jalan Teluk Ira, pada Isnin baru2 ini.

Untuk rekod, jalan kampung kami adalah penghubung dari kampung2 pinggir Sungai Pahang di seberang sini ke pusat bandar Temerloh.

Pada siang harinya, dikhabarkan geng remaja bawa motosikal laju telah bertembung dengan sebuah kereta. Ia berlaku di sebelah hulu sana.

Lebih tragis lagi kejadian pada  sebelah malamnya.

Ia melibatkan salah seorang ahli jamaah masjid kami, iaitu veteran tentera, 66 tahun, telah dirempuh oleh geng remaja yang 'berlumba' ini.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal ketika balik dari masjid selepas solat terawih.

Ketika membelok untuk memasuki simpang ke rumahnya, beliau telah dirempuh beberapa buah motosikal yang datang dari arah belakang.

Saksi memberitahu motosikal dipandu dengan laju seolah2 dalam kondisi  berlumba.

Rempuhan kuat itu  menyebabkan mangsa  terpelanting beberapa meter dan terhempas di atas jalan rata. 

Menyebabkan berlaku kecederaan parah di kepala..

Ketika tulisan ini disiapkan, beliau masih berada HTAA Kuantan dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Wednesday, March 19, 2025

RUMAH RAKIT KUALA SEMANTAN DULU DAN KINI

Rumah rakit di Kuala Semantan, iaitu di tebing Sungai Pahang pinggir bandar Temerloh adalah pemandangan biasa sejak hujung 1950an ke pertengahan 1980an.

Petempatan itu menjadi penting kerana ketika itu sungai merupakan perhubungan utama di mana jalan raya untuk ke bandar ini masih belum sempurna.

Sayangnya bentuk dan penbuatan rumah2 rakit itu tidak seragam dan dilihat mencacatkan pemandangan, dari kaca mata perbandaran.

Oleh kerana itu ketika pembinaan bandar baru Lurah Semantan, rakit2 tersebut ditinggal dan dikosongkan.

Sehinggalah tahun 2000 ke atas rumah rakit Kuala Semantan wujud semula.

Dan kini rumah2 rakit bentuk baru wujud semula bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Kali ini lebih kepada bentuk home stay dan house boat. Khusus untuk menggamit pelancong, selaras dengan pembangunan bandar Temerloh masa kini.

Kini rumah rakit sudah menjadi pelaburan yang menguntungkan.


Thursday, March 13, 2025

LALUAN PERTAMA PAHANG KE KUALA LUMPUR

Negeri Pahang dan Selangor mula2 dihubungkan melalui Jalan Lama Bentong-KL . Jalan lama ini menghubungkan Kampung Ketari di Bentong dan Gombak di Selangor.

r.  

Ada yang berpendapat laluan ini mulai digunakan oleh pahlawan-pahlawan dari Pahang yang turun membantu dalam Perang Selangor pada pertengahan abad ke 19 dahulu.

Jalan lama menghubungkan ibu negara ini dibina oleh kerajaan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1915 dan terus digunakan sehinggalah siapnya Lebuhraya Karak.

Jalan Gombak FT68 asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2. 

Namun, jalan raya ini terkenal kerana selekohnya yang sangat tajam, gaungnya yang dalam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri keselamatan, menjadikan jalan raya ini sangat berbahaya. 

Maka, pada tahun 1970an Lebuh raya Kuala Lumpur- Karak (Karak hiway) sepanjang 75.2 km tersebut dibina dengan kos RM136.4 juta dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 Januari 1978.

Jalan Gombak lama diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 kemudian dinaik taraf menjadi lebuh raya capaian terkawal penuh pada tahun 1994.

Sementara itu tiada usaha pemulihan dilakukan terhadap Jalan Gombak FT68 selepas itu, mungkin kerana kos yang tinggi.

Akibatnya  begitu berkurangan sekali pengguna jalan raya yang sanggup melalui jalan lama Federal Route 68 ini kerana keadaan laluannya yang berbahaya, kecuali ketika Lebuhraya KL-Karak mengalami kesesakan teruk semasa musim perayaan.

Tuesday, January 7, 2025

ISU ADDENDUM DEDAHKAN SIAPA 'PENDERHAKA'

KENAPA MELENTING PAS MEMBELAq1q BOSSKU?

1.Ada yg kepanasan bila lihat PAS membela dengan tegas Bossku,khususnya dlm isu TITAH ADDENDUM Lembaga Pengampunan WP

2.Ramai lupa melihat PAS amat konsisten dalam memperjuangkan keadilan,menentang kezaliman serta menghulur tangan kepada yang jatuh dan di tekan pihak atasan dan yg lebih berkuasa.

3.Misalnya,sewaktu YBM Tengku Razaleigh jatuh,PAS membantunya

4.Sewaktu DSAI jatuh,siapa yang membelanya jika tidak PAS berhempas pulas membantunya

5.Malah ketika UMNO jatuh dan pemimpinnya di tekan,PAS jugalah yang tampil membantu,sehingga UMNO yg tewas dan hilang kuasa pasca PRU14 di nobat semula menjadi kerajaan.

6.Siapakah yang mengangkat semula UMNO utk menjawat jawatan PERDANA MENTERI,kalau tidak dengan sokongan padu PAS kepada UMNO dan PM9

7.Yang pasti PAS tegas dan istiqamah dalam menegakkan keadilan,membela yg di zalimi serta menjaga siyasah syariah secara konsisten.Setiap tindakan bukan semberono malah diteliti dan di kaji cerdik pandai dan alim ulamak.Ia bukan strategi INDIVIDU serta dengan tipu muslihat bagi agenda peribadi.

8.Dalam isu Dato Seri Najib,ternyata beliau dinafikan keadilan sewajarnya.Pas konsisten menjunjung RULE OF LAW DAN PROSES PERUNDANGAN
.DSNR telah melalui proses itu dengan penuh sabar dan penuh keperitan.Namun dalam proses itu kenapa urusan HAK NYA YANG DIJAMIN DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERKENAN DIRAJA yg di perolehinya bukan saja di nafikan malah cuba disembunyikan tanpa ketelusan termasuk di Parlimen.

9.Lebih malang bagi DSNR ini semua berlaku di saat rakan rakan yg menjanjikan pembelaan sedang berkuasa,malah terlibat secara langsung,tapi tidak membantunya secara TEGAS DAN TUNTAS.

10.Sekiranya mereka gagal membantu atas apa alasan sekalipun,tidak wajar mereka mempersoalkan pendirian PAS.

11.Bayangkan jika PAS tidak bersuara lantang di Parlimen,isu yg besar ini dan ketidakadilan pada DSNR ini akan terus dibisukan oleh semua.

12.Isu DSNR kini bukan di tahap isu kepartian.Ia adalah isu keadilan,isu keluhuran undang undang serta isu KESETIAAN PADA RAJA yg memerintah.
PAS istiqamah memperjuangkan prinsip prinsip ini.

13.Apa lagi bila kita melihat pemimpin pemimpin utama negara,khususnya mantan mantan PERDANA MENTERI kita,dilayan dengan layanan buruk apabila tidak berkuasa.Sementara yg berÄ·uasa di lihat mendapat layanan istimewa di sisi undang undang.Setidak tidaknya itulah yang rakyat nampak pada masa ini.

14.Sudah tentu negara memerlukan satu kejernihan dari politik dendam dan suasana tidak konsisten ini.Politik dendam perlu di ganti dengan politik lebih harmonis di mana tumpuan diberi kepada performance pemerintah untuk  menyempurnakan isu rakyat dan nagara.

14.Jika tidak, kita akan terus diburu SENSE OF INSECURITY,kerana pertukaran kuasa akan membawa kepada siri baru WITCH HUNTING DAN MEMBALAS DENDAM dan KARMA yang tidak berkesudahan

15.Beri DSNR hak untuk mendapat keadilan

Thursday, December 22, 2022

IKHWAN MUSLIMUN DAN KEJATUHAN RAJA FAROUK MESIR


Ikhwanul Muslimin merupakan satu pertubuhan atau jemaah Islam yang diasaskan oleh As-syahid Imam Hassan al Banna ( 1906-1949 ) selepas empat tahun kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah iaitu pada tahun 1928 yang telah dijatuhkan secara rasmi oleh pengkhianat Islam iaitu M

ustafa Kamal Attartuk yang dikatakan dari keturunan yahudi Daunamah yang berasal dari Sepanyol kemudian berpindah ke Greek sekitar tahun 1500 bagi mendapatkan perlindungan dari kerajaan Islam . Selepas kejatuhan khalifah Islam,dunia Islam menjadi malap apabila sistem khalifah yang diasaskan sejak 1300 tahun lampau tiba-tiba roboh. Selepas jatuhnya khalifah ini maka parti atau pertubuhan sekular telah tumbah ibarat cendawan bagi mengantikan sistem khalifah ini. Maka bagi mengatasi masalah umat Islam inilah maka Ikhwanul Muslimin ditubuhkan yang bertindak selaku jemaah Islam bagi melawan gerakan sekular yang semakin merebak di negara-negara Islam.  Bagi sesetengah golongan salafiyyah yang tidak menyokong Ikhwanul Muslimin memanggilnya pertubuhan ini sebagai Al Hasaniyyin atau pemikiran Hasan al Banna. Jemaah Ikhwanul Muslimin ini sebagaimana yang diketahui bahawa telah diasaskan oleh Imam Hasan al Banna dii bandar Ismailiyyah Mesir bersama dengan beberapa orang lagi sahabatnya seperti Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi.

     Tujuan utama Ikhwanul Muslimin ditubuhkan ialah untuk menegakkan kembali sistem khalifah Islam supaya umat Islam kembali kuat dan mampu untuk menumpaskan pengaruh barat yang telah menguasai negara-negara arab pada ketika. Ikhwan juga berperanan dalam mengubah persepsi masyarakat dalam bab perjuangan , akhlak dan juga pemahaman Islam. Pada tahun 1940,Ikhwanul Muslimin telah meluaskan pengaruhnya ke negara negara lain terutamanya negara arab seperti Palestin, Quwait, Algieria, Yordania, Suriah ,Yaman dan juga Sudan. Mursyid Am pertama atau pengerusi Ikhwanul Muslimin iaitu Imam Hasan al Banna telah mati ditembak oleh mereka yang tidak dikenali tetapi dipercayai dibunuh oleh kerajaan Mesir pada waktu itu iaitu sekitar 12 Febuari 1949. Selepas kematian Imam al Banna, Gerakan jemaah Ikhwanul Muslimi n telah dipimpin pula oleh Mursyid Am kedua iaitu Hasan Hudaibi. Pada tahun 1973,Syeikh Hasan al Hudaibi telah wafat dan diganti pula dengan Umar Tilmisani dan antara peristiwa yang paling penting pada tahun 1970-an ialah kenaikan Anwar Sadat sebagai Presiden Mesir dan beliau telah bertindak membebaskan semua tawanan Ikhwanul Muslimin yang ditangkap semasa rejim sebelumnya.

Biodata Imam Hasan al Banna.

    Imam Hasan al Banna telah dilahirkan di perkampungan Mahmudiah di bahagian Buhairah Mesir sekitar tahun 1906. Beliau telah dilahirkan dalam satu kelompok keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran agama Islam yang bermazhab Imam Ahmad ibnu Hambal. Ayahnya merupakan seorang imam dikampungnya dan menyara keluarga dengan membaiki jam. Ayahnya membahagikan masa antara kerja dan juga perjuangan yang akhirnya menjadi tarbiyah bagi diri Imam al Banna untuk terus berjuang menentang kebatilan. Diantara karya ayahnya ialah Kitab Tafsir Imam Ahmad bin Hambal. Beliau telah menuntut ilmu al Quran dengan ayahnya sehingga beliau telah hafaz 30 juzuk al Quran dan ayahnya juga telah memberikan kebenaran kepadanya untuk membaca kitab dalam simpanannya sehingga Imam al Banna menjadi seorang yang berpengetahuan. Keizinan yang diberikan oleh ayahnya untuk membaca kitab dalam simpanan itu sendiri telah menunjukkan bahawa Imam Hasan al Banna seorang yang berkaliber dan bijak dalam ilmu agama sehingga kurang perlu bimbingan dalam bidang agama. Pada usia 16 tahun beliau telah dihantar oleh keluarganya belajar di Dar al Ulum ( Universiti Kaherah sekarang ) untuk menuntut ilmu dalam perguruan. Pada 1927,beliau telah lulus di Dar al Ulum dan telah mengajar di sekolah kerajaan di Ismailiah. Disini beliau telah melihat keparahan sosial masyarakat pada waktu itu dengan wujudnya pusat maksiat seperti disko dan sebagainya. Dan pada 1928, beliau telah mewujudkan sebuah harakah Islam yang diberi nama Ikhwanul Muslimin atau persaudaraan Islam yang ditubuhkan bersama pengikutnya yang setia.

    Keadaan pada zaman itu sememangnya penuh dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dimana para kaum wanita menuntut persamaan taraf sehingga satu tahap mereka ini telah membuang purdah dan telah memakai pakaian barat. Pemikiran sekular,komunis dan juga lainnya yang jelas bertentangan dengan Islam telah masuk secara mendadak mencari pengaruh di Mesir. Pemikiran Nasionalis di negara Islam telah dipelopori oleh tokoh dunia Islam seperti Kamal Attartuk dan juga Gamal Abdul Nasir.  Para ulama pada masa ini sudah tidak mampu untuk berbuat apa melainkan mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang lari dari landasan Islam ini telah terpesong dan murtad. Para ulama telah dipaksa untuk mengeluarkan fatwa bahawa Raja Farouk merupakan Khalifah Islam dengan gelaran Amirul Mukminin dan dari keturunan Rasulullah. Dalam menghadapi kekalutan masyarakat pada waktu ini,Imam Hasan al Banna telah memainkan peranan penting dengan menyeru masyarakat pada masa itu untuk kembali semula kepada Islam. Ramai ulama dan orang awam menghadiri ceramahnya kerana mempunyai butir-butir yang mampu untuk menyinarkan kembali Islam. Bagi mengatasi maslah sosial ini,Imam Hasan al Banna telah mengutus surat kepada Raja Farouk dan juga menterinya bagi menuntut pemerintah memberi contoh yang baik kepada rakyatnya. Antara permintaan Ikhwanul Muslimin ialah mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi kerajaan,para pemimpin kerajaan perlulah berhenti dari  berjudi khususnya di tempat-tempat judi,para pemimpin juga hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,pemerintah juga hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung hiburan,mereka juga hendaklah berhenti dari memperlihatkan tubuh anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam surat khabar dan juga media,mereka hendaklah mendirikan shalat,para pemimpin juga hendaklah berbicara dalam Bahasa Arab bagi menggantikan percakapan dalam bahasa Inggeris dan juga Perancis,mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan pemerintah juga hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing yang membahayakan akidah.

Peranan Ikhwanul Muslimin dalam Menjatuhkan Sistem Beraja.

   Sistem beraja Mesir pada masa itu dipimpin oleh Raja Farouk yang mengambil pemerintahan dari ayahnya iaitu Raja Fuad 1 dari dinasti Muhammad Ali. Baginda merupakan cucu kepada Muhammad Ali Pasha iaitu seorang pegawai tentera kepada khalifah Uthmaniyyah. Muhammad Ali Pasha pada zamannya memiliki tentera yang canggih dan moden berbanding dengan pemimpin tentera Uthmaniyyah yang lain. Muhammad Ali Pasha merupakan keturunan Albania dan berkahwin dengan orang Mesir sehingga lahirnya Raja Farouk iaitu raja terakhir dinasti Muhammad Ali di Mesir. Baginda telah menjadi raja sejak dari umur 16 tahun iaitu pada tahun 1936 lagi dan mula berucap di radio sekaligus menjadikan baginda raja pertama Mesir yang berucap secara terus dengan rakyat. Sistem beraja Mesir telah terhapus secara keseluruhannya melalui Revolusi Julai 1952 tetapi secara rasminya pada tahun 1954. Sistem kepegawaian kerajaan Mesir seperti Polis,Tentera dan jabatan kerajaan lainnya berada pada tahap terendah dimana banyak penyelewengan dan juga rasuah berlaku. Pada 25 Febuari 1952,British telah bertindak menyerang polis Mesir yang enggan menyerah kalah kepada British menyebabkan seramai 100 orang anggota Polis Mesir telah terbunuh. Rakyat Mesir secara amnya marah dengan situasi ini sehingga berlakunya rusuhan di bandar Kaherah. Pada keesokan harinya yang juga digelar oleh penduduk Mesir sebagai Sabtu Hitam dilihat berlakunya revolusi kedua selepas revolusi 1919. Rakyat beramai-ramai keluar dan menyerang kepentingan British dan juga syarikat asing sehingga banyak berlakunya kemusnahan.

     Penggulingan sistem beraja Mesir ini dilakukan setelah rakyat Mesir terutamanya golongan Ikhwanul Muslimin menghadapi tekanan yang dasyhat dalam sistem politik Mesir pada masa itu.Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Raja Farouk ( 11 Febuari 1920-18 Mac 1965 ) merupakan seorang raja boneka yang hanya mengikut telunjuk barat semata-mata yakni dalam erti kata mudah Raja Farouk merupakan proksi barat di Mesir Khasnya dan di dunia Islam amnya. Revolusi ini setelah pemerintah Mesir yang dipimpin Raja Farouk telah menangkap seramai kira-kira 10,000 orang anggota Ikhwanul Muslimin yang pernah berjihad di bumi Palestin. Pada masa itu juga berlaku pergolakan di Palestin yang melibatkan kemasukan beramai-ramai puak-puak yahudi dan golongan Ikhwanul Muslimin yang merupakan situs penyelamat orang telah menghantar ramai ahli untuk berjihad di sana. Ikhwanul Muslimin merupakan antara pertubuhan Islam dunia yang pertama yang mengambil berat mengenai masalah Palestin ini. Ini dibuktikan pada tahun 1935,Imam al Banna telah menghantar saudaranya Abdur Rahman al Banna dan juga Muhammad Asad al Hakim ke Palestin untuk melihat ruang bantuan yang boleh diberikan oleh Ikhwanul Muslimin untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Pada tahun 1936,Ikhwanul Muslimin telah membuka cawangannya di Haifa Palestin dan ke wilayah lain. Pada 1948,terdapat 25 cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.

    Namun sekatan telah dikenakan terhadap mereka yang berjihad kerana barat melihat golongan Ikhwan ini mampu untuk menundukkan yahudi pada masa itu. Pada  awalnya mereka hanya tidak dibenarkan masuk ke Palestin secara beramai-ramai namun akhirnya mereka yang terlibat dengan jihad tersebut turut ditahan atas alasan keselamatan negara. Peperangan di Palesin telah bermula sejak zaman Imam Hasan al Banna lagi,dimana Imam Al Banna pernah meminta bantuan persenjataan dari kerajaan beraja Mesir untuk mempertahankan Palestin namun tidak dilayan atas alasan itu bukan urusan bagi negara Mesir. Muhammad Fahmi Naqrasi selaku Perdana Menteri pada waktu itu telah menyekat kemasukan tentera sukarela Ikhwanul Muslimin ke Palestin. Kerana perasaan tidak puas hati berlaku pada Disember 1948,Naqrasi telah diculik dan dibunuh yang di percayai dilakukan oleh anggota Ikhwanul Muslimin. Semasa jenazahnya hendak dikebumikan pengikut Naqrasi telah berteriak bahawa “ kepala Naqrasi harus di bayar dengan kepala Hasan al Banna”. Ini dapat dibuktikan apabila Syeikh al Banna telah wafat kerana ditembak pada 22 febuari  1948 yang dilakukan oleh pembunuh yang masih tidak diketahui. Jawatannya telah digantikan dengan Mursyidul Am yang baru iaitu Syeikh Hasan al Hudaibi yang mana antara orang yang pertama membaiahnya ialah Syed Qutb.

     Semasa Hasan Hudaibi menjadi mursyid inilah beliau merasai tekanan yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin amat hebat sehinggakan beliau terfikir untuk menjatuhkan kerajaan Mesir pada masa itu melalui kaedah persenjataan bukannya melalui pilihanraya lagi. Beliau telah bertindak bekerjasama dengan Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan Raja Farouk yang menjadi boneka barat. Perjanjian dimeterai antara Kolenal Gamal Abdul Nasir dan Syeikh Hasan Hudaibi atas nama Islam. Gerakan pengulingan kerajaan beraja ini dikenali sebagai gerakan Dubbat al Ahrar yang dipimpin oleh Kolenal Gamal Abdul Nasir dan dibantu oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Pihak Kolenal Gamal Abdul Naser telah memberi latihan ketenteraan dan juga persengjataan kepada kelompok Ikhwanul Muslimin. Antara pemuka Ikhwan Muslimin yang paling aktif menyokong Revolusi ialah Syed Qutb dan dikatakan Kolenal Gamal Abdul Naser sering mengunjungi rumah Syed Qutb di Helwan. Syed Qutb juga meminta ahli Ikhwan supaya turut mendokong revolusi tersebut dan menurut Al Khalidi seorang pemerhati Ikhwanul Muslimin,Syed Qutb menjadi seorang yang disanjung oleh

anggota revolusi setelah berjaya menggulingkan kerajaan Monarki Mutlak Antara alasan yang digunakan oleh Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan intitusi beraja Mesir ialah kekalahan Mesir dalam perang Arab-Israel 1947 yang menyaksikan kewujudan negara haram Israel dan juga pengepungan Istana Raja Farouk oleh Britain pada 1942 sehingga memalukan Mesir. Kolenal Gamal Abdul Nasir telah bertidak merampas kerajaan dan memaksa Raja Farouk turun takhta. Kolenal Gamal Abdul Nasir merupakan pemain utama dalam siri rampasan kuasa ini dengan menggunakan nama Jeneral Naguib kerana Jeneral Naguib lebih berpengaruh. Pada pagi 23 Julai 1952 telah berlaku rampasan kuasa dan berita revolusi telah dibacakan oleh Anwar Sadat. Berjayanya revolusi ini kerana penerimaan rakyat terhadap konsep Nasionalis yang telah dibawa masuk oleh Perancis,Britain dan juga negara barat lainnya. Semangat Nasionalis ini adalah semata-mata untuk memerangi bangsa asing yang cuba menguasai Mesir seterusnya menyebabkan berlakunya revolusi Meir ini. Semangat Nasionalis warga Mesir pada masa ini amat kuat sehingga lahirnya adagium yang berbunyi Mesir untuk bangsa Mesir.

    Selepas berjaya menjatuhkan sistem kerajaan beraja tersebut Kolenal Gamal Abdul Nasir telah mungkir janji dan tidak melaksanakan Islam kerana beliau melihat sistem Islam pada masa itu tidak sesuai dilaksanakan di Mesir berbanding dengan sistem Sosialis. Majlis Revolusi yang dipegang oleh Gamal Abdul Nasir dan juga Anwar Sadat telah menolak untuk melaksanakan syariat Islam. Namun begitu, Kolenal Gamal Abdul Nasir tetap menawarkan 3 jawatan menteri untuk diisi oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Syeikh Hassan al Hudaibi selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin telah bersetuju dan telah menghantar 3 nama ahli ikhwan tetapi 2 daripadanya tidak dipersetujui oleh Gamal Abdul Nasir. Kekecohan telah berlaku sehinggakan maktab Irsyad bersidang dan memetuskan untuk menarik diri kerana jawatan menteri ini tidak dapat mendesak supaya Islam dilaksanakan dan juga kerana kuasa pemutus tidak berada ditangan menteri sebaliknya di tangan tentera revolusi yang dipimpin Gamal Abdul Nasir. Semasa era pemerintahan Anwar Sadat,beliau telah melaksanakan pemerintahan diktator kerana baginya ia menjadikan Mesir sebuah negara yang penuh dengan rasuah,nepotisme dan juga kronisme sebagaimana yang berlaku terhadap Iran.

    Selepas kejatuhan negara monarki Mesir kepada tangan tentera, Raja Farouk telah dibuang negeri dan baginda pada mulanya telah menetap di Monaco dan kemudiannya di Itali. Selepas jatuh dari kerajaan baginda melantik anaknya iaitu Raja Fuad 11 yang masih kecil sebagai raja namun hakikatnya sudah tiada raja di Mesir kerana Mesir sudah mengamalkan sistem republik. Semasa rampasan kuasa oleh Gamal Abdul Nasir,Raja Farouk telah meminta bantuan Amerika Syarikat namun tidak berjaya. Beliau telah dihantar keluar negara dengan iringan ketat tentera Mesir,oleh itu telah berakhir pemerintahan beraja Mesir dengan Presiden pertamanya ialah Muhammad Naguib. Semasa di dalam buangan baginda masih mempunyai perangai seperti dulu iaitu suka hidup bermewah dan juga suka makan sehingga berat baginda mencecah 136 kilogram. Baginda dikatakan telah mati semasa di meja makan kerana dipercayai diracun oleh pihak tertentu dan ini dikuatkan lagi dengan tidak ada bedah siasat keatasnya. Jenazahnya telah dikebumikan di Pemakaman Muhammad Ali.

Monday, May 30, 2022

TAN SRI P RAMLEE DALAM KENANGAN



29 Mei 1973 – Seniman Agung Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (dikenali sebagai P. Ramlee) telah kembali ke Rahmatullah pada Selasa jam 5.30 pagi akibat serangan jantung pada usia 44 tahun. 

 Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347H di Pulau Pinang dan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah binti Hussein. 
 Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".

Allahyarham mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1948.

 Allahyarham terkenal sebagai penyanyi, penggubah lagu, penulis skrip, pelakon dan juga pengarah filem. Semasa hayatnya Allahyarham telah berlakon dalam lebih 200 filem, mengarah lebih 40 buah filem dan telah menggubah lebih 1,000 lagu yang menjadi kesukaan ramai.
Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. AL-FATIHAH

#myarkibnegara
#MyMOTAC

Sunday, May 29, 2022

KE BAWAH DULI TUANKU YDPA BERKENAN BERANGKAT KE KAMPUNG KAMI


Dalam lawatan ke kampung Teluk Ira, baginda Sultan Abdullah berkenan menyerahkan anak kunci kepada seorang penerima rumah bantuan banjir sumbangan yayasan baginda.

Turut menerima bantuan wang tunai ialah golongan asnaf penerima bantuan MUIP.

Orang ramai yang ditemui terutama kanak-kanak, turut menerima sumbangan wang tunai.

Yang menariknya, baginda masih berpuasa 6 Syawal pada hari tersebut.

Selepas itu, baginda bergegas terbang ke Abu Dhabi.





SACHA INCHI BAHAN RAWATAN ALTERNATIF YANG MULA DIKENALI



Meskipun baru dikenali, namun herba dari hutan Amazon Sacha inchi kini menjadi sebutan dan dicari ramai. Ini disebakan banyaknya petunjuk kejayaan daripada testimoni.

Malah syarikat-syarikat berasaskan kesihatan berlumba-lumba memilih tumbuhan 'super foods' ini sebagai produk asas jualan mereka.

Tumbuhan 'kekacang' ini dengan nama saintifiknya Plukenetia volubilis, berasal dari Peru, Amerika Selatan dan Caribbean. 

Kajian menunjukkan herba ini telah digunakan sebagai sumber perubatan dan kesihatan oleh masyarakat Inca (kaum Asli) di Peru sejak 3,000 tahun dahulu.

Kenapa produk dari Sacha inchi ini meletup?

Apabila dilihat kepada statistik dan penyakit rakyat Malaysia,  memaparkan kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout serta sakit sendi ternyata amat membimbangkan.

Begitu juga permasalahan ketumpulan daya ingatan, mudah lupa, penglihatan kabur, masalah berat badan berlebihan dan masalah penuaan bukan pada usia sebenar.

Ironisnya ada kalangan penghidap penyakit-penyakit ini sejak yang berumur 35 tahun lagi!
 
Kajian mendapati, masalah-masalah disebutkan di atas merupakan simptom kepada dalam tubuh seseorang yang kekurangan asid lemak Omega 3, 6, dan 9 yang ketara.  Antara lain disebabkan tabiat pemakanan dan cara hidup.

Sedangkan minyak dari biji Sacha inchi dikatakan yang terbaik di dunia dengan memiliki Omega 3, 6, dan 9 malah 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.

Minyak ekstrak Sacha inchi diperolehi daripada bijinya melalui perahan atau kisar.  Daunnya pula dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh.

Salah seorang pengeluar produk minyak Sacha inci, Dr Noordin Darus berkata, dalam satu ujian terhadap lemak pekat, apabila dituangkan minyak Sacha inchi, lemak itu mencair!

Ini bermakna, mengamalkan minyak Sacha inchi berupaya mengeluarkan kerak-kerak lemak yang tersumbat dalam saluran darah.

Justeru antara manfaatnya ialah mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

Kandungan Sacha inci juga terbaik untuk memelihara kesihatan jantung, mengurangkan risiko kardiovaskular dan strok.

Meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh, pertumbuhan sel rambut dan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi, bersifat antipenuaan serta melancarkan metabolisme tubuh.

Selain itu menjaga kesihatan dan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Berita gembira penderita lemah tenaga batin, mengamalkannya berupaya merangsang libido. 

Antioksidan padanya pula membenteng risiko kanser, memelihara kesihatan mata,
meningkatkan tenaga serta mengekalkan mood gembira.

Kebanyakan produk Sacha inchi kini boleh didapati dalam bentuk minyak, kopi, teh dan kapsul. Malah yang terbaharu, dikatakan sudah diproses menjadi produk pemakanan seperti snek kacang dan biskut.

Di negara ini, biarpun pelbagai produk berkaitan Sacha inchi sudah boleh diperoleh di farmasi, namun tidak ramai yang cuba menanamnya sedangkan cukup mudah untuk dijaga.

Bagi yang  berminat untuk menanam bagi manfaat sendiri, nuseri kami turut membekalkan anak Sacha Inchi dalam polibeg.

Pokok ini nanti apabila keluar sulurnya boleh dibiarkan menjalar di atas para atau pagar.

Daun Sacha inchi boleh dikering dan dijadikan teh.

Tumbuhan herba ini boleh hidup sehingga 15 tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman sampingan oleh pekebun ketika mula menanam getah atau kelapa sawit.

Saturday, May 28, 2022

Ketum ayam pemakanan alternatif untuk ternakan


Rata-rata sana sini orang bercerita tentang harga makanan ternakan yang naik melambung.

Ini menyebabkan penternak begitu

terkesan kerana kos untuk makanan sahaja dikatakan boleh mencecah sehingga 70 peratus daripada keuntungan dan ini sekali gus  menjejaskan pendapatan mereka.

Tidak mustahil, inilah salah satu sebab harga pasaran ternakan yang merupakan lauk harian kita terus mencanak.

Jadi, penternak memang memerlukan sumber makanan ternakan alternatif bagi membantu mengurangkan  bergantung kepada makanan yang bahannya diimport.

Antara alternatifnya ialah sejenis tumbuhan yang dipanggil ketum ayam. Ia berbeza dengan ketum yang biasa daunnya dibuat rebusan itu.

Ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea, turut dikenali dengan 'mandre de agua'. Iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.

Menurut kajian santifik, ketum ayam memiliki protin yang tinggi justeru berupaya membesarkan ternakan dengan pantas secara semula jadi.

Bagi penternak pula, tumbuhan ini didapati mampu menjimatkan kos sehingga 40 peratus daripada bergantung terus kepada makanan seperti dedak atau palet

Tidak kira sama ada ternakan ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya semua boleh diberi makan ketum ayam. Sesetengah penternak mencampurkannya dengan napier.

Istimewanya, haiwan ternakan tidak mengalami kesan sampingan seperti kembung perut atau sebagainya. Malah ternakan bertambah sihat dan kualiti daging hampir menyamai kualiti organik.

Untuk penternak yang ingin menanamnya pula, ia amat mudah kerana hanya disemai melalui keratan batang. 

Untuk lebih lekas hidup  biasanya menggunakan serbuk penggalak akar.

Jika cukup siraman air serta taburan baja, daun ketum ayam sudah sedia dituai seawal usia tiga bulan.

Ramai yang berpendapat, tanaman ketum ayam boleh diusahakan secara komersial. Dan untuk sisi ini, diharapkan pihak agensi berkaitan (Jabatan pertanian, haiwan, pengusaha nurseri dan pelabur) boleh mengkajinya secara serius.

Satu masalah lagi, ketum ayam ini hanya dapat dijadikan makanan  ialah ketika daunnya segar, jadi diharap penyelidik dan saintis juga akhirnya dapat memproses daun ketum ayam ke dalam bentuk palet.

Selain dapat mengekalkan nutrisinya iaitu sumber protein terbaik untuk haiwan, ia juga diharap dapat dikomersialkan dan menjadi penyelesaian kepada masalah penternak yang selama ini terpaksa menanggung bebanan harga palet yang sedia menjulang tinggi.

Tuesday, May 3, 2022

TEMERLOH DIJANGKA HUJAN LEBAT, RIBUT PETIR PETANG INI.



Daerah Temerloh di Pahang dijangka dilanda ribut PETIR disertai hujan lebat bermula petang ini (Isnin).

Demikian amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang terbaharu.

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pahang ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong,  Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Selangor pula melibatkan Gombak dan Hulu Langat, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melibatkan   negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun).

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit (Song) manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Amaran dikeluarkan pada 2.40 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 6 petang pada Isnin.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Monday, May 2, 2022

SELAMAT HARI RAYA 'EIDULFITRI 1443 H



God is with us and with you
صِÙŠَامَÙ†َا ÙˆَصِÙŠَامَÙƒُÙ…ْ
All the elders and all the people
From the kings and the kings

In conjunction with this glorious Syawal, I put together ten fingers to ask for forgiveness and apologize if I made a mistake, mispronounced, unintentional behavior throughout the relationship, or in the past. 


From: Admin 

Saturday, April 30, 2022

Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada jam 8.43 malam ini, akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Anak veteran UMNO itu, Tengku Farith berkata bapanya yang mesra disapa Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.

"Tetapi pagi ini Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.

Tengku Farith berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta 8.30 pagi ini (30 April), untuk dimandikan dan solat jenazah di masjid itu.

Bagaimanapun, katanya lokasi pengebumian masih belum diputuskan sama ada di Masjid Negara atau Bukit Kiara.

Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).

Allahyarham kemudian menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984) dan Menteri Penerangan (1986).

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada 1970 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1972.

Dalam arena politik, Allahyarham merupakan bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 2001 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1987).

Bekas Pengerusi UMNO Kelantan itu juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang pada 1973 selain bekas Presiden Majlis Pengelola Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMA).

Jasanya dalam bidang pendidikan pula ialah sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1992 selain sempat mencurah bakti dalam bidang sukan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1988.

-- BERNAMA

Friday, April 29, 2022

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI PILIHAN JADI PILIHAN RAMAI

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI JADI PILIHAN RAMAI

Meskipun baru dikenali, namun herba dari hutan Amazon Sacha inchi kini menjadi sebutan dan dicari ramai. 

Malah syarikat-syarikat berasaskan kesihatan berlumba-lumba memilih tumbuhan 'super foods' ini sebagai produk jualan mereka.

Tumbuhan 'kekacang' ini dengan nama saintifiknya Plukenetia volubilis, berasal dari Peru, Amerika Selatan dan Caribbean. 

Kajian menunjukkan herba ini telah digunakan sebagai sumber perubatan dan kesihatan oleh masyarakat Inca (kaum Asli) di Peru sejak 3,000 tahun dahulu.

Kenapa produk dari Sacha inchi ini meletup?

Apabila dilihat kepada statistik dan penyakit rakyat Malaysia,  memaparkan kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout serta sakit sendi ternyata amat membimbangkan.

Begitu juga permasalahan ketumpulan daya ingatan, mudah lupa, penglihatan kabur, masalah berat badan berlebihan dan masalah penuaan bukan pada usia sebenar.

Ironisnya ada kalangan penghidap penyakit-penyakit ini sejak yang berumur 35 tahun lagi!
 
Kajian mendapati, masalah-masalah disebutkan di atas merupakan simptom kepada dalam tubuh seseorang yang kekurangan asid lemak Omega 3, 6, dan 9 yang ketara.  Antara lain disebabkan tabiat pemakanan dan cara hidup.

Sedangkan minyak dari biji Sacha inchi dikatakan yang terbaik di dunia dengan memiliki Omega 3, 6, dan 9 malah 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.

Minyak ekstrak Sacha inchi diperolehi daripada bijinya melalui perahan atau kisar.  Daunnya pula dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh.

Salah seorang pengeluar produk minyak Sacha inci, Dr Noordin Darus berkata, dalam satu ujian terhadap lemak pekat, apabila dituangkan minyak Sacha inchi, lemak itu mencair!

Ini bermakna, mengamalkan minyak Sacha inchi berupaya mengeluarkan kerak-kerak lemak yang tersumbat dalam saluran darah.

Justeru antara manfaatnya ialah mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

Kandungan Sacha inci juga terbaik untuk memelihara kesihatan jantung, mengurangkan risiko kardiovaskular dan strok.

Meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh, pertumbuhan sel rambut dan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi, bersifat antipenuaan serta melancarkan metabolisme tubuh.

Selain itu menjaga kesihatan dan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Berita gembira penderita lemah tenaga batin, mengamalkannya berupaya merangsang libido. 

Antioksidan padanya pula membenteng risiko kanser, memelihara kesihatan mata,
meningkatkan tenaga serta mengekalkan mood gembira.

Kebanyakan produk Sacha inchi kini boleh didapati dalam bentuk minyak, kopi, teh dan kapsul. Malah yang terbaharu, dikatakan sudah diproses menjadi produk pemakanan seperti snek kacang dan biskut.

Di negara ini, biarpun pelbagai produk berkaitan Sacha inchi sudah boleh diperoleh di farmasi, namun tidak ramai yang cuba menanamnya sedangkan cukup mudah untuk dijaga.

Bagi yang  berminat untuk menanam untuk manfaat sendiri, nuseri kami turut membekalkan anak Sacha Inchi dalam polibeg.

Pokok ini nanti apabila keluar sulurnya boleh dibiarkan menjalar di atas para atau pagar.

Daun Sacha inchi boleh dikering dan dijadikan teh.

Tumbuhan herba m ini boleh hidup sehingga 15 tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman sampingan oleh pekebun ketika mula menanam getah atau kelapa sawit.

Thursday, April 28, 2022

Kebakaran melibatkan korban di Kuantan 26 Ramadan




Hari-hari terakhir menjelang sambutan Eidulfitri, satu kebakaran besar pada awal dinihari Khamis,  berlaku di Desa Mesra, Permatang Badak.

Menurut saksi, terdengar letupan kuat yang melibatkan sekurang-kurangnya dua  buah rumah berdekatan sehingga terbakar rentung.

Difahamkan,  seorang kanak-kanak menjadi mangsa yang  terkorban dan seorang lagi cedera parah melibatkan keluarga seorang peniaga.

Sumber awal menyebut, tragedi berkemungkinan akibat letupan mercun.

Bagaimanapun, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Kuantan dalam kenyataannya menyebut, siasatan masih lagi sedang dijalankan.



Kenyataan rasmi akan diumum pihak berkuasa.

Thursday, February 27, 2020

Apa beza Tun M dengan PAS?

Oleh MOKHTAR SENIK

Jauh beza Tun dengan PAS sejauh langit dan bumi. PAS  berpisah dgn UMNO sejak tahun 1951. Sejak itu PAS bertarung dengan UMNO selama 68 tahun. Manakala Tun yang pernah menjadi Presiden UMNO yang paling lama, berpisah dengan UMNO pada Februari 2016. Jadi usia permusuhan Tun dgn UMNO hanya empat atau lima tahun. Bermakna, jauh lebih singkat masanya berbanding tahun-tahun Tun mengecapi nikmat daripada UMNO.

Wednesday, February 26, 2020

Dengar sini… PAS tak rugi apa-apa jika Tun M-Anwar rujuk

Oleh HAZMI DIBOK

Muafakat Nasional diwujudkan oleh PAS dan UMNO ialah untuk menawarkan alternatif kepada rakyat menjelang PRU15 nanti setelah beronarnya PH dalam memimpin negara selama setahun lebih ini. Muafakat Nasional konsisten menolak DAP yang angkuh bila berkuasa.

Tuesday, February 25, 2020

Cerita penjawat awam: Dua hari tanpa DAP

Pusat pentadbiran negara
Hari baru bermula. Alhamdulillah, ramai geng di Kementerian Kewangan @MOFmalaysia keriangan dan bersyukur sebab mereka tidak lagi berpayahan  menghadap geng-geng Dap Lim Guan Eng & Tony Pua yang tak habis-habis menimbulkan kecelaruan kepada ekonomi negara, aset-aset negara termasuk aset umat Islam dalam Tabung Haji, Khazanah, Felda, Mara dan pelbagai institusi lagi.

Monday, February 24, 2020

Eksport ikan patin Temerloh ke pasaran antarabangsa bakal ibarat lubuk emas

Cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memasarkan ikan patin Sungai Pahang khususnya di Temerloh ke  pasaran antarabangsa khususnya di Timur Tengah, dianggap penternak-penternak sangkar ikan tersebut sebagai membuka peluang keemasan.

Friday, February 21, 2020

Kenapa kecoh isu larang wanita menari, menyanyi di khalayak

Seringkali individu atau kumpulan yang kononnya mengaku memperjuangkan hak asasi mempertikai atau bersikap prejudis terhadap ketetapan Islam kepada kaum tersebut. 

Antaranya, kumpulan ini mempertikaikan kenapa mesti wanita bertutup litup? Kenapa wanita tak boleh terlalu menonjolkan diri berlebihan depan lelaki? Kenapa wanita semestinya berada di saf belakang dan sebagainya.

PAS IM anjur Seminar dakwah, street dakwah

PAS Kawasan Indera Mahkota akan menganjurkan Seminar Dakwah Pahang Zon Timur dengan penekanan khusus mendekati masyarakat non-muslim  Ahad ini (23 Febuari 2020) di Masjid kariah Balok, Kuantan bermula jam 8 pagi.

Istimewanya program yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini, akan menampilkan empat orang pendakwah di kalangan muallaf yang akan memberi pengisian.

Lebih hebat lagi, di penghujung program peserta-peserta akan menyertai ‘Street Dakwah’ dengan  dibawa turun kelapangan bagi mengaplikasi dakwah secara praktikal di sekitar Air Putih iaitu kawasan berpenempatan padat komuniti non-muslim.

Wednesday, February 19, 2020

Adun Damak Islamkan seorang Cina

Ustaz Zuridan (dua, kanan) sedang mengisyaratkan kalimah syahadah
disaksikan oleh PAID dan pegawai MUIP Jerantut
Itulah kehebatan Ustaz Zuridan Mohd Daud, bukan setakat wakil rakyat, bukan juga sekadar pemimpin ulamak PAS Pahang, malah melalui ‘sentuhannya’ dengan izin Allah, terbuka hati seorang Tionghua untuk memeluk Islam.

Monday, February 17, 2020

Konvoi Penyatuan Ummah serah sumbangan kepada Tahfiz Al-Banna

Ustaz Wahid menyerahkan wang sumbangan kepada Ustaz Ustaz Afiq
Kelab Konvoi Penyatuan Ummah (KKPU) Temerloh sekali lagi melakukan aktiviti amal dengan menyerahkan sumbangan kepada Seri Tahfiz Al-Banna Bandar Tun Razak Jengka, semalam.

Diketuai Pengerusinya Ustaz Wahid Ghafar Ibrahim al-Hafiz, kumpulan bermotor tersebut telah menyerahkan sumbangan kepada Ustaz Afiq Roslan yang mewakili pusat pendidikan tersebut yang terbakar bulan lalu.

Wednesday, February 12, 2020

PAS matikan langkah musuh Tun M

Oleh NORDEN MOHAMED 

Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mereka daripada parti pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Nasional.

Tuesday, February 4, 2020

PJ PAS Pahang ulas kontroversi Sajad di Mekah

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, agar kerajaan perlu agresif untuk membendung aktiviti pondan dan pemulihan ke atas golongan tersebut di negara ini agar kes seperti Sajad ke Tanah Suci ini tidak berlaku lagi.

Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, menulis demikian setelah diminta mengulas isu usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Monday, February 3, 2020

Apakah ‘game’ di sebalik PPSMI?

Apakah ada satu ‘game’ dimana Perdana Menteri (PM) meminta Menteri Pendidikannya Dr Maszlee Malik) berundur, kemudian di kembalikan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) setelah melantik dirinya sendiri memegang portfolio itu?

“Jika jawapannya iya, bermakna sejarah akan berulang iaitu kegagalan dan kehabisan wang rakyat”.

Demikian tulis mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Haji Sobirin Duli.

Friday, January 31, 2020

Rayuan derma untuk Tahfiz Al Banna terbakar

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, semalam meluangkan masa melawat Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al Banna, Bandar Tun Razak Jengka yang mengalami musibah kebakaran pada minggu lalu.

Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, turut menyampaikan sumbangan sebagai bantuan segera bagi meringankan pihak pengurusan tahfiz kepada timbalan pengerusinya Kamaruzaman Yusof.